KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini membebaskan seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia daripada 17 pertuduhan menerima suapan RM21,500 untuk melepaskan warga asing yang melakukan kesalahan imigresen melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Al-Ridhuan Ahmad Zaini, 38, di akhir kes pendakwaan pada Julai tahun lepas.
"Pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bagi 17 pertuduhan utama dan tiga pertuduhan alternatif. Oleh itu, tertuduh wajar dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan tersebut tanpa dipanggil membela diri," katanya dalam penghakiman yang dikeluarkan hari ini.
Beliau berkata terdapat banyak kelompangan dalam rangkaian keterangan saksi pendakwaan terutama dua pegawai imigresen iaitu Muhammad Hakim Hanafi, yang juga saksi pendakwaan ke-11, dan Noorashikin Radzali (saksi pendakwaan ke-27) yang merupakan rakan sejenayah dalam kes ini.
"Tiada bukti kukuh berkenaan jadual tugasan mereka (SP11 dan SP27) yang dikatakan elemen penting untuk dibuktikan kesahihan fakta penerimaan upah yang diterima mereka atas arahan tertuduh," katanya.
Mengenai pertuduhan alternatif, Rozina berkata tiada sebarang bukti menunjukkan penumpang yang dibenarkan keluar dari pintu keluar antarabangsa KLIA2 oleh SP11 dan SP27 adalah warga asing yang melakukan kesalahan imigresen.
"Pihak pendakwaan gagal membuktikan wang yang diterima SP11 dan SP27 sebagai upah bagi membantu melepaskan warga asing yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen untuk keluar dari Malaysia," katanya.
Perbicaraan kes itu bermula pada September 2021 dengan 31 saksi pendakwaan memberi keterangan.
Mohd Al-Ridhuan didakwa menerima suapan itu daripada seorang wanita sebagai upah membantu melepaskan warga asing yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) untuk keluar dari Malaysia melalui pintu keluar udara KLIA2 tanpa dikenakan tindakan undang-undang.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Tasik Utama 7, Medan Niaga Tasik Damai di sini antara 25 Julai dan 11 Nov 2020 mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Jika sabit kesalahan, Mohd Al-Ridhuan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.
Berdasarkan tiga pertuduhan alternatif, wang suapan berjumlah RM5,850 didakwa diperoleh Noorashikin manakala RM500 diperoleh Muhammad Hakim daripada tertuduh melalui pindahan wang sebagai upah bagi tujuan sama di Kompleks Perbadanan Putrajaya serta sebuah premis di Taman Connaught, Cheras pada 1 dan 2 Ogos 2020.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 25(3) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(4) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 02 2024
Pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Al-Ridhuan Ahmad Zaini, 38, di akhir kes pendakwaan pada Julai tahun lepas. - Gambar fail
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
MEASAT, Mudah Healthtech jalin kerjasama, sedia telekesihatan Sihat Xpress pertama di Malaysia
Lebih 1,000 penduduk di Kampung Togop Darat 1, Ranau menikmati kemudahan kesihatan menerusi perkhidmatan telekesihatan Sihat Xpress yang pertama diperkenalkan di Malaysia.
CIDB KL buka 91 kertas siasatan pelbagai kesalahan
Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
Perancis isytihar darurat, tentera dikerah
Perancis isytiharkan darurat di New Caledonia susulan rusuhan maut yang berlaku sejak dua hari lalu dengan mengerahkan tentera bagi mengawal pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa.
Mengaku salah terima suapan RM12,000, pegawai Imigresen 'meraung' dihukum penjara 30 hari
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia meraung ketika dipeluk abang dan kakaknya selepas dijatuhkan hukuman penjara 30 hari dan denda RM20,000.
SPRM rampas empat kereta mewah dipercayai milik kakitangan kerajaan Gred KP19
Mengejutkan, apabila seorang kakitangan kerajaan gred KP 19 mampu memiliki empat buah kereta mewah seperti Roll Royce Phantom, Mustang, Range Rover serta Audi.
Pemalsuan cap sempadan: Empat lagi individu ditahan SPRM termasuk seorang pegawai Imigresen
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat lagi individu bagi membantu siasatan sindiket rasuah dalam Pemalsuan Cap Sempadan di pintu masuk antarabangsa negara.
Pegawai Imigresen kasari warga asing berdepan tindakan buang kerja
Pegawai Imigresen yang bertindak kasar ke atasseorang warga asing ketika berurusan di kaunter jabatan tersebut di Johor boleh dikenakantindakan disiplin termasuk dibuang kerja.